[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Renjatan hipovolemia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Renjatan hipovolemia
Nama lain
Renjatan kekurangan cecair
Video yang menghuraikan renjatan
PengkhususanPerubatan kecemasan
GejalaAwal: Rasa lemah, tekanan nadi lemah, kadar degupan jantung tinggi[1][2]
Teruk: tekanan darah rendah, kekeliruan, agitasi[1]
KerumitanKetakimbangan elektrolit, kegagalan organ berbilang sistem[1]
PuncaKehilangan cecair, kehilangan darah[1]
Berdasarkan gejala dan sejarah peristiwa[1]
RawatanBergantung kepada jenis cecair yang hilang[1]
KekerapanBiasa berlaku[1][3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Renjatan hipovolemia ialah sejenis renjatan peredaran darah akibat kekurangan darah atau cecair di dalam saluran darah.[2] Keadaan ini adalah sehingga ke satu tahap yang aliran darah tidak dibekal secara mencukupi ke tisu badan.[2] Pada mulanya, gejala-gejala yang umum termasuklah rasa kelemahan badan, tekanan nadi lemah dan degupan jantung yang cepat boleh berlaku.[1][2] Apabila keadaan bertambah teruk, tekanan darah rendah, rasa kekeliruan atau rasa agitasi mungkin berlaku.[1] Antara beberapa komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah keabnormalan elektrolit, kegagalan buah pinggang dan kegagalan organ berbilang sistem.[1]

Renjatan hipovolemia boleh berlaku akibat kehilangan cecair atau kehilangan darah, dan keadaan kehilangan darah dikenali sebagai kejutan berdarah.[1] Kehilangan cecair boleh berlaku disebabkan oleh muntah, cirit-birit, pengeluaran air kencing yang berlebihan, cuaca panas atau pankreatitis.[1] Kehilangan darah boleh berlaku akibat trauma, pendarahan gastrousus atau kehamilan luar rahim.[1] Diagnosis selalunya berdasarkan simptom dan sejarah peristiwa.[1]

Rawatan untuk renjatan hipovolemia bergantung kepada jenis cecair yang hilang.[1] Bagi mereka yang kehilangan darah, penghentian pendarahan, produk darah, asid traneksamik dan pembedahan biasanya disyorkan.[4] Bagi mereka yang telah kehilangan cecair selain darah, cecair intravena dalam bentuk larutan kristaloid biasanya digunakan.[1] Punca yang tersembunyi kepada berlakunya renjatan hipovolemia juga harus ditangani.[1] Seberapa kerap renjatan hipovolemia berlaku tidak begitu jelas.[1] Rejatan ini merupakan sejenis rejatan yang paling kerap berlaku selepas kecederaan dan pada kanak-kanak.[1][3]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Taghavi, S; Askari, R (January 2020). "Hypovolemic Shock". PMID 30020669. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ a b c d International Trauma Life Support for Emergency Care Providers (ed. 8). Pearson Education Limited. 2018. m/s. 172–173. ISBN 978-1292-17084-8.
  3. ^ a b Atluri, Pavan (2006). The Surgical Review: An Integrated Basic and Clinical Science Study Guide (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 265. ISBN 978-0-7817-5641-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-27. Dicapai pada 2021-01-04.
  4. ^ Hooper, N; Armstrong, TJ (January 2020). "Hemorrhagic Shock". PMID 29262047. Cite journal requires |journal= (bantuan)