[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Himpunan Anti ISA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 882451 pada 14:03, 22 Julai 2009 oleh Malekhanif (bincang | sumb.) (Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Himpunan Anti ISA''' atau Himpunan MANSUH diadakan pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 di 3 tempat di Kuala Lumpur . Himpunan ini dirancang dan dianjurkan oleh...')
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Himpunan Anti ISA atau Himpunan MANSUH diadakan pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 di 3 tempat di Kuala Lumpur . Himpunan ini dirancang dan dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) . Pengerusi GMI ialah Syed Ibrahim Syed Noh.

Himpunan ini telah ditangguhkan beberapa kali.Ia turut disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia . Mereka akan berarak ke Istana Negara dan dijangka bertembung dengan perarakan pro ISA.

Lokasi perhimpunan anjuran GMI ialah di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral muai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuntutan mereka ialah hapuskan ISA, bebaskan tahanan dan tutup kem Kamunting di Taiping.[1]

Perarakan menyokong ISA

Pada 22 Julai 2009, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu sebulat suara mengadakan perarakan beramai-ramai dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka dan ke Istana Negarapada 1 Ogos 2009 .Tema mereka ialah "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di Pasar Seni mulai 11.30 pagi .Pertembungan akan bverlaku dan jika tidak dikawal rapi akan mencetuskan pergaduhan antara kumpulan dan kaum. 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan di Dataran Merdekadi atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki. Memorandum mempertahankan ISA akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.[2]

Timbalan Presiden II Pewaris ialah Rahimuddin Md Harun.

Turut serta menyokong ISA ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).



Rujukan