[go: nahoru, domu]

Pergi ke kandungan

Undang-undang kontrak Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suatu kontrak adalah satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Undang-undang kontrak meregulasi kesemua transaksi, dari membeli tiket ke tukaran derivatif.

Undang-undang kontrak Inggeris adalah undang-undang yang mengawal kontrak di England dan Wales. Melalui akar umbinya dalam lex mercatoria dan aktivisme kehakiman semasa revolusi perindustrian, ia turut diamalkan di negara-negara Komanwel (seperti Australia, Kanada, India dan Malaysia.[1]) dan juga Amerika Syarikat. Ia juga sedang melalui perubahan beransur-ansur disebabkan keahlian Britain dalam Kesatuan Eropah dan organisasi-organisasi antarabangsa seperti Unidroit. Sebarang perjanjian yang boleh dikuatkuasakan dalam mahkamah adalah kontrak. Disebabkan kontrak adalah obligasi sukarela berbanding membayar pampasan disebabkan kesalahan sivil dan pembaikpulihan untuk menghilangkan pengayaan yang tidak adil, undang-undang Inggeris meletakkan nilai yang tinggi terhadap kepastian bahawa kesemua pihak-pihak yang terlibat benar-benar menyetujui syarat-syarat yang mengikat mereka di mahkamah. Secara amnya, suatu kontrak terbentuk apabila seseorang membuat tawaran, dan seseorang lagi menerimanya dengan memberitahu akan penerimaannya kepada penawar atau bertindak menjalankan terma-terma dan syarat-syarat penawar itu. Sekiranya terma-terma dapat dipastikan dan pihak-pihak terlibat boleh disifatkan dari kelakukan mereka untuk menjadikan terma-terma kontrak mereka mengikat, perjanjian itu bolehlah dikuatkuasakan. Sesetengah kontrak, secara khususnya untuk transaksi besar seperti jualan tanah, juga memerlukan kerasmian tandatangan-tandatangan dan saksi-saksi. Undang-undang Inggeris lebih menyeluruh berbanding undang-undang negara-negara Eropah lain dengan menghendaki semua pihak terlibat membawa sesuatu yang bernilai, dikenali sebagai "balasan", sebagai prasyarat untuk penguatkuasaan perjanjian tersebut. Kontrak boleh dibuat secara sendirinya atau melalui agen yang bertindak bagi pihak yang diwakili, sekiranya agen tersebut bertindak mengikut kelaziman yang mana orang yang wajar akan menjangkakan ia mempunuyai otoriti untuk berbuat demikian. Secara prinsipnya, undang-undang Inggeris memberikan kebebasan meluas kepada semua untuk mempersetujui isi kandungan sesuatu perjanjian. Terma-terma dalam satu perjanjian dimasukkan secara janji-janji ketara melalui rujukan ke terma-terma lain atau secara potensinya melalui tindak-tanduk pihak-pihak yang terlibat. Terma-terma ini ditakrif oleh mahkamah-mahkamah untuk mencari apakah niat sebenar pihak-pihak terlibat, dari prespektif pemerhati objektif, dalam konteks persekitaran perundingan mereka. Apabila terdapatnya jurang, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma untuk menutup jurang berkenaan, tetapi semasa abad ke-20 kedua-dua badan kehakiman dan perundangan telah masuk campur secara lebih kerap untuk membuang terma-terma yang tidak adil bagi melindungi para pengguna, pekerja dan penyewa yang menghadapi masalah kekurangan kuasa rundingan.

Undang-undang kontrak lazimnya mempunyai kesan paling positif apabila sesuatu perjanjian dilaksanakan tanpa perlunya dirujuk ke mahkamah kerana pihak-pihak yang terlibat mengetahui hak dan obligasi masing-masing. Tetapi apabila berlakunya sesuatu yang tidak dijangkakan menyebabkan perjanjian sukar ataupun mustahil dilaksanakan, mahkamah-mahkamah lazimnya akan menyifatkan pihak-pihak mahu membebaskan diri mereka daripada terikat dengan obligasi-obligasi mereka di bawah kontrak. Ia mungkin menjadi bahawa satu pihak hanya melanggari terma-terma kontrak berkenaan. Sekiranya satu pihak tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara sempurnya, pihak yang satu lagi dibenarkan menghentikan perlaksanaannya dan menyaman bagi mendapatkan ganti rugi untuk meletakkannya dalam keadaan di mana kontrak tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya. Dia juga punyai tanggungjawab untuk mitigasikan kerugiannya dan tidak boleh menuntut kerugian yang merupakan kesan lepasan daripada pelanggaran kontrak, tetapi remedi-remedi dalam undang-undang Inggeris didasarkan atas prinsip bahawa pampasan penuh bagi kesemua kerugian, awal atau lepasan, haruslah diganti. Dalam sesetengah keadaan, undang-undang bertindak lebih jauh dalam menghendaki seseorang pelanggar kontrak untuk melakukan pembaikpulihan daripada keuntungan mereka akibat pelanggaran kontrak olehnya itu, dan boleh menuntut perlakuan spesifik perjanjian tersebut berbanding gantirugi kewangan. Ia juga boleh jadi bahawa suatu kontrak boleh dibatalkan, disebabkan, menurut jenis kontrak berkenaan, satu pihak gagal berterus-terang atau membuat salah nyataan semasa rundingan. Perjanjian-perjanjian tidak berpatutan boleh dibatalkan apabila suatu pihak ditekan atau dipengaruhi atau diekploitasikan apabila mereka kelihatan menyetujui sesuatu perjanjian. Kanak-kanak, mereka yang sakit jiwa dan syarikat-syarikat, yang mana wakil-wakilnya bertindak luar bidang kuasa mereka, adalah dilindungi daripada perjanjian-perjanjian yang dikuatkuasakan terhadap mereka disebabkan ketiadaan kapasiti berbuat demikian. Sesetengah transaksi pula dianggap tidak sahih dan sekaligus tidak dikuatkuasakan mahkamah-mahkamah kerana bertentangan dengan undang-undang atau dasar awam. Secara teorinya, undang-undang Inggeris cuba mematuhi ideal bahawa manusia hanyalah terikat hanya apabila memberikan persetujuan bebas, tanpa ragu-ragu dan sukarela mereka terhadap sesuatu perjanjian.

Sejarah

Saudagar-saudagar yang berniaga di Liga Hanseatik menjalankan perniagaan mereka mengikut lex mercatoria yang mana prinsip-prinsipnya dimasukkan dalam undang-undang kontrak Inggeris.
Unidroit yang bertapak di Rom didirikan pada tahun 1926 dibawah Liga Bangsa-Bangsa untuk menyatukan undang-undang peribadi, menjaga Prinsip-Prinsip Kontrak Komersil Antarabangsa tahun 2004. Tindakan yang serupa adalah Prinsip-Prinsip Undang-Undang Kontrak Eropah tahun 2002.

Pembentukan

Seseorang Inggeris dan seseorang Perancis berjebat tangan memeterai perjanjian.

Pada hakikatnya, satu kontrak adalah satu perjanjian yang diiktiraf undang-undang sebagai mewujudkan obligasi-obligasi yang boleh dikuatkuasakan.[2] Berlainan dengan tort dan pengayaan tidak adil, kontrak lazimnya dilihat sebagai sebahagian undang-undang obligasi yang melibatkan janji-janji sukarela, dan selaras dengan itu meletakkan keutamaan tinggi pada anggapan bahawa hanya perjanjian yang mana orang perseorangan telah memberikan keizinan sebenar mereka akan dikuatkuasakan mahkamah. Meskipun tidak selalu jelas apabila pihak-pihak menyetujui sesuatu, undang-undang Inggeris mengambil pendekatan melihat tindak-tanduk seseorang yang secara ketaranya mahu mengikat dirinya kepada janjinya, dan kemudian menguatkuasakan janjinya terhadap orang berkenaan.[3] Tetapi tidak semua persetujuan, meskipun jelas isi kandungannya, dianggap boleh dikuatkuasakan. Terdapatnya tanggapan yang boleh dibalas bahawa orang keseorangan tidak secara amnya mahukan penguatkuasaan undang-undang terhadap persetujuan-persetujuan yang dibuat secara sosial. Prinsip amnya adalah bahawa kontrak tidak perlu mengikut format khusus, seperti secara tulisan, melainkan apabila statut menghendakinya dalam keadaan transaksi besar-besaran seperti jual beli hartanah.[4] Sebagai tambahan dan sebagai pembezaan terhadap sistem-sistem undang-undang sivil, undang-undang common law Inggeris menghendaki semua pihak membawa sesuatu yang bernilai atau "balasan" dalam rundingan. Syarat lama ini mempunyai beberapa pengecualian, terutamanya apabila pihak terlibat ingin meminda persetujuan mereka, melalui duluan mengikat dan doktrin ekuiti janji estopel. Tambahan pula reformasi yang dibawa statut dalam bentuk Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999 membenarkan pihak ketiga menguatkuasakan manfaat suatu perjanjian yang tidak semestinya dibayar mereka apabila pihak-pihak asal perjanjian tersebut membenarkan mereka berbuat demikian.

Persetujuan

Pendekatan mahakamah-mahkamah Inggeris adalah bahawa suatu persetujuan wujud apabila suatu tawaran disambungkan kepada penerimaan terma-terma tawaran itu. Sama ada satu tawaran telah dibuat, ataupun bahawa ia telah diterima, adalah satu isu yang ditentukan mahkamah dengan bertanyakan apakah yang dapat disimpulkan oleh pemerhatian seseorang yang wajar. Tawaran dibezakan daripada "jemputan menawar (atau invitatio ad offerendum, jemputan untuk menawar)" yang tidak boleh hanya diterima pihak yang satu lagi. Secara tradisinya, undang-undang Inggeris memandang pameran barangan-barangan dalam sebuah kedai, meskipun yang tiada disebut harganya, sebagai jemputan menawar,[5] maka apabila seseorang pelanggan mengambil barangan tersebut ke kaunter, dialah yang menawar untuk membeli barangan tersebut, dan penjual itu berhak menolak pembelian tersebut. Secara serupanya, dan sebagai piawaian am, satu iklan,[6] jemputan membuat tawaran di lelongan yang mempunyai harga simpanan,[7] atau jemputan mengemukakan tender tidak dikira sebagai penawaran. Tetapi seseorang yang menjemput tender mempunyai tanggungjawab mempertimbangkan tender sekiranya tender-tender tersebut dihantar sebelum tarikh akhir, maka pembida (meskipun tiada kontrak) boleh menyaman untuk ganti rugi sekiranya bidaannya tidak dipertimbangkan.[8] Seseorang pelelong yang mengiklankan lelongan tanpa harga simpanan mempunyai kewajipan menerima bidaan tertinggi.[9] Suatu mesin otomatik adalah dikira sebagai sesuatu yang mampu membuat tawaran,[10] dan sebuah mahkamah boleh menafsir suatu iklan, atau sesuatu yang dipamerkan seperti kerusi, sebagai tawaran serius sekiranya pelanggan boleh menganggap bahawa ia boleh menerima terma-termanya dengan menjalankan sesuatu.[11] Statut-statut lazimnya menggariskan hukuman bagi perniagaan-perniagaan yang membuat iklan salah nyataan, atau tidak menjual produk pada harga yang dilabelkan di dalam kedai-kedai mereka,[12] atau secara menyalahi undang-undangnya mendiskriminisasikan pelanggan-pelanggan kerana bangsa, agama, jantina, ketidakupayaan atau kepercayaan mereka.[13]

"Bacalah iklan ini sebagaimana dikehendaki, dan putar belitkanlah ia sebagaimana dikehendaki," kata Lindley LJ berkenaan iklan Smoke Ball, "hakikatnya inilah tawaran nyata yang dikemukakan dalam bahasa yang terang lagi bersuluh".

Apabila suatu tawaran dibuat, secara amnya penerima hendaklah memberitahu penerimaannya supaya terdapatnya perjanjian yang mengikat.[14] Pemberitahuan penerimaan mestilah mencapai tahap dimana penawar secara munasabahnya boleh mengetahui, meskipun ia bersalah misalannya dalam tidak memastikan mesin faksnya berfungsi dengan baik untuk membolehkan mesej disampaikan secara tepatnya, penawar tersebut masih terikat.[15] Inilah hakikatnya untuk semua jenis perhubungan, sama ada secara lisan, melalui telefon, teleks, faks atau emel,[16] kecuali pos. Penerimaan melalui surat berkuatkuasa apabila surat berkenaan diletakkan dalam peti surat. Peraturan pos adalah produk sejarah,[17] dan tidak wujud dalam kebanyakan negara.[18] Ia hanya wujud dalam undang-undang Inggeris selagi ia wajar dalam penggunaan pos sebagai alat membalas (sebagai contoh, tidak sebagai respons kepada suatu emel), dan pengoperasiannya tidak mewujudkan kesulitan dan kemustahilan (sebagai contoh, surat berkenaan hilang).[19] Dalam kesemua situasi ia mungkin untuk pihak-pihak yang berunding menetapkan cara penerimaan.[20] Ia tidak mungkin untuk seseorang penawar meletakkan tanggungjawab kepada penerima untuk menolak suatu tawaran tanpa persetujuannya.[21] Tetapi ia jelas bahawa orang perseorangan boleh menerima tanpa bersuara, pertamanya, dengan mendemonstrasikan melalui kelakuan mereka bahawa mereka menerima tawaran tersebut. Dalam kes Brogden lwn Syarikat Kereta Api Metropolitan,[22] walaupun Syarikat Kerata Api Metropolitan tidak pernah menjawab surat daripada Encik Brogden merasmikan pengaturan pembekalan jangka lama untuk arang batunya, mereka berlaku selama dua tahun seakan ia telahpun dipersetujui secara bersama, dan Encik Brogdan kemudiannya didapati terikat dengannya. Keduanya, penawar mungkin mengenepikan keperluan untuk memberitahu penerimaan, secara langsung atau tidak langsung, seperti dalam kes Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Company.[23] Di sini syarikat perubatan olok-olok mengiklankan “smoke ball”nya, dengan pernyataan bahawa sekiranya seseorang pelanggan mendapati bahawa penggunaannya tidak berkesan merawati selsema selepas penggunaan tiga kali sehari selepas dua minggu, ia beroleh £100. Apabila mendapati bahawa iklan berkenaan cukup serious untuk menjadi tawaran dan bukan pembohongan atau jemputan menawar, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa pihak penerima hanya perlu menggunakan smokeball itu mengikut preskripsi untuk mendapat £100 itu. Meskipun peraturan am menghendaki pemberitahuan penerimaan, iklan berkenaan secara tidak langsung mengenepikan keperluan tersebut untuk Puan Carlill atau sesiapa pun yang lain, untuk melaporkan penerimaannya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lainnya, seperti apabila suatu tawaran dikemukakan untuk maklumat am, satu-satunya kehendak mahkamah-mahkamah Inggeris adalan bahawa adanya pengetahuan mengenai tawaran berkenaan.[24] Apabila seseorang membuat tawaral unilateral seperti itu, mereka bertanggungjawab tidak membatalkannya apabila yang lainnya bertindak menurut tawaran berkenaan..[25] Sekiranya tidak, suatu tawaran sentiasa boleh dibatalkan sebelum ia diterima. Peraturan amnya adalah bahawa pembatalan hendaklah diberitahu, meskipun melalui pos,[26] tetapi apabila penerima mendengar pembatalan daripada pihak ketiga pun, ia sebaik-baik pembatalan daripada penawar itu sendiri.[27] Suatu tawaran juga boleh dibatalkan oleh penerima melalui tindakannya membuat tawaran balas, berbanding pertanyaan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.[28] Maka dalam kes Hyde lwn Wrench,[29] apabila Wrench menawarkan jualan ladangnya pada harga £1000, dan Hyde menawarkan harga pembelian pada £950 dan Wrench menolak, Hyde tidak boleh menukar fikiran dan menerima tawaran harga pembelian £1000 yang asal.

Kapal Valkyrie II yang ditenggelami kapal The Satanita terpaksa dibayar disebabkan kontrak tersirat antara pelumba-pelumba.

Sementara model tawaran berbalas penerimaan menjadi kepada hampir kesemua perjanjian, ia tidaklah selalu boleh dirujuk. Dalam kes The Satanita[30] peraturan-peraturan perlumbaan kapal layar memperuntukkan bahawa kesemua peserta harus bertanggungjawab melampaui apa yang ditetapkan dalam statut, untuk membayar sebarang kerosakan yang timbul. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat kontrak untuk membayar dari peraturan-peraturan perlumbaan antara pemilik The Satanita dan pemilik Valkyrie II yang ditenggelaminya walaupun tiada tawaran dan penerimaan rasmi antara pihak-pihak terlibat.[31] Dalam beberapa siri kes-kes, Lord Denning MR mencadangkan bahawa undang-undang Inggeris harus mengenepikan keperluan berlandaskan tawaran dan penerimaan dan gantikannya dengan tafsiran yang lebih meluas seperti keperluan pihak-pihak hanya mempersetujui secara bersama bahagian-bahagian matan dalam kontrak. Dalam kes Butler Machine Tool Co Ltd lwn Ex-Cell-O Corp Ltd[32] ini bermaksud "perang bentuk" kedua-dua pihak disifatkan telah punyai persetujuan berkenaan terma-terma piawai pembeli, tidak termasuk klaus turun naik harga, walaupun hakim-hakim mahkamah lain mendapat kesimpulan yang sama dalam analisa yang biasa. Dalam kes Gibson lwn Manchester CC[33] dia akan mendapat kesimpulan yang berbeza dengan Dewan Pertuanan, dengan membenarkan Encik Gibson membeli rumahnya daripada majlis, walaupun surat dari majlis menyatakan bahawa ia "tidaklah boleh dianggap sebagai suatu tawaran dalam pengertiannya". Pendekatan ini membolehkan mahkamah bertindak melakukan yang tebaik tanpa terikat dengan peraturan yang terlalu restriktif.

Dalam beberapa situasi, mahkamah-mahkamah mengelak daripada menguatkuasakan kontrak-kontrak yang, mestipun terdapatnya tawaran dan penerimaan tawaran, tiada kandungan perjanjian. Dalam kes Hartog v Colin & Shields,[34] dimana seseorang penjual kulit arnab Argentina menyebut harga yang jauh lebih rendah daripada apa yang dicakapkan dalam rundingan-rundingan terdahulu, pembeli tidak boleh menguatkuasakan perjanjian itu kerana sesiapa yang munasabah akan megetahui bahawa tawaran tersebut tidak serius tetapi hanyalah kesilapan semata-mata.[35] Tambahan pula, sekiranya dua pihak beranggapan bahawa mereka telah mecapai sepersetujuan, tetapi tawaran dan penerimaan masing-masing berpadukan dua perkara berbeza, mahkamah tidak akan menguatkuasakan kontrak itu. Dalam kes Raffles lwn Wichelhaus,[36] Raffles memikirkan bahawa dia sedang menjual kapas yang terletak di atas kapal The Peerless, dari Bombay yang akan tiba di Liverpool pada bulan December, tetapi Wichelhaus memikirkan bahawa dia sedang membeli kapas yang terletak di atas kapal The Peerless yang akan tiba pada bulan September. Mahkamah memutuskan bahawa tiadanya consensus ad idem atau pertemuan minda pada perkara yang sama. Apabila persetujuan gagal sepenuhnya, tetapi seseorang telah melakukan kerja atas permintaan seseorang lain disebabkan hendak beroleh untung, pihak tersebut boleh menuntut nilai kerja yang dilakukan, atau quantum meruit.[37] Pembaikpulihan seperti itu membenarkan tuntutan atas perbelanjaan penuntut, tetapi tidak termasuk jangkaan keuntungan, kerana tiadanya perjanjian yang hendak dikuatkuasakan.

Kepastian dan kebolehkuatkuasaan

Sementara persetujuan adalah teras kepada kesemua kontrak, tidak semua perjanjian boleh dikuatkuasakan. Soalan awal yang perlu ditanya adalah sama ada kontrak berkenaan adalah pasti dari segi terma-terma utamanya, atau essentialia negotii, sebagai contoh dalam maksud harga, perkara yang dipersetujui dan identiti pihak-pihak terlibat. Kebiasaannya mahkamah-mahkamah cuba untuk "menjadikan perjanjian itu", maka dalam kes Hillas & Co Ltd lwn Arcos Ltd,[38] Dewan Pertuanan memutuskan bahawa pilihan untuk membeli kayu halus yang "berspesifikasi wajar" cukup pasti untuk dikuatkuasakan, apabila dibaca dalam konteks perjanjian-perjanjian lampau antara pihak-pihak terlibat. Tetapi mahkamah-mahkamah tidak ingin "mengadakan kontrak dimana tiada" maka dalam kes Scammell dan Nephew Ltd lwn Ouston,[39] satu klaus yang memperuntukkan harga pembelian didasarkan "terma-terma jual beli" diputuskan sebagai tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada piawaian dimana mahkamah dapat menentukan harga yang dicadangkan atau apakah harga yang wajar.[40] Serupa juga dalam kes Baird Textile Holdings Ltd lwn M&S plc[41] Mahkamah Rayuan mendapati bahawa harga dan kuantiti pembelian tidak dapat dipastikan kerana tiada terma yang boleh diimplikasikan untuk M&S memberikan notis yang wajar sebelum membatalkan perjanjian pembeliannya. Dewan Pertuanan juga melanjutkan idea ini dengan memutuskan bahawa perjanjian untuk merundingkan ke arah kontrak pada masa hadapan dengan niat baik tidak cukup kepastiannya untuk dikuatkuasakan.[42]

Jones lwn Padavatton[43] memutuskan bahawa seorang anak perumpuan yang mengaji undang-undang di Lincoln's Inn tidak boleh menyaman ibunya untuk menyediakan tempat tinggal.

Sementara banyak perjanjian dapat dipastikan, tidak boleh dikatakan dalam konteks sosial masyarakat bahawa kesemua orang mahukan kuatkuasaan undang-undang terhadap persetujuan antara mereka. Dalam kes Balfour lwn Balfour[44] Lord Atkin memutuskan bahawa persetujuan Encik Balfour untuk memberikan nafkah £30 sebulan semasa bekerja di Ceylon tidak boleh dikuatkuasakan atas alasan bahawa orang kebiasaan tidak lazimnya mahukan perjanjian-perjanjian berkenaan mempunyai akibat dari segi undang-undang. Secara serupanya, persetujuan antara rakan-rakan di tempat perjumpaan, atau antara ibu dan anak akan termasuk dalam situasi ini,[45] tetapi tidak sepasang kekasih yang mahu berpisah,[46] dan tidak rakan-rakan yang mengurus transaksi besar-besaran terutama apabila seseorang bergantung secara mudaratnya kepada jaminan seseorang lagi.[47] Tanggapan ketidakbolehkuatkuasaan ini sentiasa boleh dibalas dengan perjanjian ketara untuk membolehkan kuatkuasaan, sebagai contoh dengan menuliskan perjanjian itu. Secara kontranya, perjanjian-perjanjian antara perniagaan-perniagaan secara selalunya dan konklusifnya dianggap sebagai boleh dikuatkuasakan.[48] Akan tetapi perkataan-perkataan seperti "Persefahaman ini... tidak akan diletakkan dibawah bidang kuasa mahkamah undang-undang" akan dihormati.[49] Dalam satu situasi, statut menganggap bahawa perjanjian-perjanjian kolektif antara kesatuan sekerja dan majikan tidak ingin dihubungkan melalui undang-undang, kerana kononnya mahu menjauhkan terlalu banyak litigasi daripada undang-undang buruh United Kingdom.[50]

Bil pertukaran, contohnya cek, adalah satu arahan daripada seseorang kepada seseorang yang lain (lazimnya bank) untuk membayar sejumlah wang kepada satu pihak ketiga. Dibawah Akta Bil Pertukaran 1882 s 3 ia mesti bertulis dan ditandatangani.

Dalam sebilangan kes terhad, suatu perjanjian tidak akan dapat dikuatkuasakan melainkan ia mencapai ciri-ciri yang dikehendaki statut. Manakala kontrak-kontrak boleh dibuat tanpa formaliti, sesetengah transaksi difikirkan memerlukan bentuk disebabkan sama ada ia membuatkan seseorang berfikir sejenak sebelum menandatangani perjanjian, atau bahawa ia menjadi bukti yang jelas.[51] Ini lazimnya untuk transaksi-transaksi besar, seperti jualan tanah,[52] pajakan tanah melebihi tiga tahun,[53] perjanjian kredit pengguna,[54] dan bil pertukaran.[55] Satu kontrak untuk jaminan mestilah, pada satu peringkat, dibuktikan secara bertulis.[56] Pada akhirnya, undang-undang Inggeris mengambil pendekatan bahawa suatu janji semata-mata, secara undang-undang kontraknya, tidak boleh diperundangkan. Sementara hibah yang diberikan akan memindahmilik hartanah secara tidak boleh batal, dan manakala seseorang sentiasa boleh mengikat diri mereka kepada suatu janji tanpa apa-apa balasan untuk sesuatu pada masa hadapan sekiranya mereka menandatangani surat ikatan yang disaksikan,[57] janji sekadar janji tanpa berbalas boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Kesimpulan ini dicapai melalui sesuatu doktrin yang dinamakan doktrin balasan.

Balasan dan estopel

Balasan adalah kehendak tambahan dalam undang-undang Inggeris sebelum suatu kontrak dapat dikuatkuasakan. Seseorang yang mahu menguatkuasakan perjanjiannya mesti menunjukkan bahawa mereka telah membawa sesuatu ke meja rundingan yang punyai "nilai disisi undang-undang", sama ada memberikan kenikmatan atas seseorang yang lain atau mendapat kesulitan disebabkan permintaan mereka.[58] Dalam amalan ini bermaksud tidaklah rasa berterimakasih atau kasih sayang semata-mata,[59] sesuatu yang telah dilakukan pada masa terdahulu, dan tidak termasuk menjanjikan perlaksanaan sesuatu sehingga diambilalih pihak ketiga.[60] Secara metaforiknya, balasan adalah "harga dimana janji dibeli".[61] Ia dipertikaikan kerana ia mewujudkan kesulitan yang mana sistem undang-undang lain yang tidak didasari undang-undang Inggeris tidak punyai.[62] Secara realitinya, doktrin balasan beroperasi dalam skop yang kecil, dan tidak lazim mendatangkan masalah dalam dunia perniagaan. Selepas reformasi di Amerika Syarikat,[63] terutama dalam Pernyataan Semula Kontrak-Kontrak §90 memberikan semua tawaran mengikat sekiranya tidak mendatangkan "ketidakadilan", satu laporan pada tahun 1937 oleh Jawatankuasa Penyemakan Undang-Undang, Statute of Frauds and the Doctrine of Consideration,[64] mencadangkan bahawa janji-janji bertulis, untuk balasan lampau, untuk pembayaran separa hutang, menjanjian perlakukan obligasi-obligasi sedua ada, menjanjikan untuk membiarkan tawaran berdiri, dan janji-janji yang dipegang seseorang mendatangkan mudarat kepadanya akan dibenarkan mengikat. Laporan ini tidak pernah dikuatkuasakan sebagai undang-undang, tetapi hampir semua syornya telah dimasukkan dalam undang-undang kes pada kemudiannya, mestipun adanya tentangan.

Kes lamat Stilk lwn Myrick[65] memutuskan bahawa pelayar-pelayar tidak boleh menguatkuasakan janji untuk kenaikan gaji apabila pulang dengan anak-anak kapal yang semakin berkurangan. Pada masa itu, tiada doktrin paksaan ekonomi, dan ketakutan akan dahagi semasa pelayaran.

Apabila kontrak dibentuk, balasan bernilai diperlukan, dan oleh sebab itu rasa berterimakasih semata-mata tidak mengikat. Tetapi sementara balasan mesti punyai nilai yang mencukupi disisi undang-undang, ia tidak perlu menepati harga yang mencukupi. Seseorang boleh menjual rumahnya untuk jagung berlada, meskipun pembeli "tidak suka lada dan akan membuang jagung."[66] Ini bermakna mahkamah-mahkamah tidak secara amnya masuk campur dalam perihal keadilan dalam penukaran.[67]Satu lagi kesukaran yang dihadapi adalah bahawa balasan untuk persetujuan dikatakan tidak wujud sekiranya apa yang diberikan adalah sesuatu yang dilakukan sebelum janji itu diberi, seperti janji untuk membayar hutang duit yang digunakan untuk mendidik anak perumpuan.[68] Dalam situasi ini mahkamah-mahkamah menunjukkan diri mereka mampu untuk memutuskan bahawa apa yang dibuat secara implisitnya bersandarkan jangkaan balasan.[69] Masalah-masalah lebih signifikan timbul apabila pihak-pihak kepada suatu kontrak mahu meminda terma-termanya. Peraturan lama yang menjangkakan kemajuan perlindungan-perlindungan undang-undang paksaan ekonomi, adalah bahawa sekiranya satu pihak hanya berjanji untuk melakukan sesuatu yang telah dilakukan pada masa dahulu bertukar harga yang lebih tinggi, tiadanya kontrak yang wujud.[70] Tetapi dalam kes ulung Williams lwn Roffey Bros & Nicholls (Contractors) Ltd,[71] Mahkamah Rayuan memutuskan akan lebih bersedia mendapati seseorang yang menjanjikan apa yang dijanjikannya terdahulu sebagai balasan sekiranya yang satu lagi mendapat "kebaikan praktikal".[72] Maka apabila Williams, seorang tukang kayu, dijanjikan Roffey Bros, pembina-pembila, lebih banyak wang untuk menyiapkan kerja dalam masa ditetapkan, ia diputuskan bahawa disebabkan Roffey Bros dapat mengelakkan daripada membayar klaus penalti disebabkan lambat menyiapkan kontraknya sendiri, dan berpeluang mengelakkan perbelanjaan litigasi dan mempunyai mekanisme pembayaran yang lebih berpatutan, ini kesemuanya mencukupi sebagai balasan. Bercakap mengenai balasan, Russell LJ menyatakan bahawa, "mahkamah-mahkamah kini lebih bersedia untuk mendapati terdapatnya balasan... apabila rundingan-rundingan yang dijalankan berada pada tahap sama dan apabila dapatan balasan itu memperlihatkan niat sebenar pihak-pihak terlibat." Dalam kata lain, dalam konteks variasi kontrak, definasi balasan diperkecilkan. Tetapi dalam satu situasi analisa "kebaikan praktikal" tidak boleh digunapakai untuk situasi di mana persetujuan adalah untuk mengurangkan beban hutang. Dalam kes Foakes lwn Beer,[73] Dewan Pertuanan mendapati bahawa sekalipun Puan Beer menjanjikan kepada Encik Foakes bahawa dia boleh membayar balik £2090 19s secara ansuran dan tanpa riba, dia boleh kemudiannya bertukar fikiran dan meminta pembayaran sekaligus. Walaupun Lord Blackburn menentang fikiran ini dalam kes berkenaan,[74] Mahkamah Rayuan memutuskan dalam kes Re Selectmove Ltd,[75] bahawa ia diikat duluan Pertuanan dan tidak boleh menggunakan analisa "kebaikan praktikal" dalam kes Williams untuk mana-mana kes pembayaran balik hutang.

Akan tetapi balasan adalah doktrin yang didapati dari common law dan boleh digantung di bawah prinsip-prinsip ekuiti. Secara sejarahnya, England punyai dua sistem mahkamah yang berlainan, dan Mahkamah-Mahkamah Canseri yang mendapat kuasanya daripada Raja melalui Lord Chancellor, diberi keutamaan mengatasi mahkamah-mahkamah common law dan inilah hakikatnya selepas kedua-dua sistem ini digabungkan pada tahun 1875.[76] Doktrin janji estopel memutuskan bahawa apabila seseorang memberikan jaminan kepada satu lagi, dan yang satu lagi bersandarkan kepadanya dan ia tidak bersamaan untuk tidak mengotakan janji itu, orang yang menjamin akan diestop daripada tidak mengotakan janjinya. Maka dalam kes Hughes lwn Metropolitan Railway Co[77] Dewan Pertuanan memutuskan bahawa penyewa tidak boleh dipaksa keluar oleh tuan hartanah untuk kegagalannya untuk membaiki hartanah berkenaan seperti di dalam kontrak disebabkan tindakan tuan tanah itu memulakan rundingan untuk menjual hartanahnya itu secara tidak langsung menggantung tanggungjawabnya itu. Dan dalam kes Central London Properties Ltd lwn High Trees House Ltd[78] Denning J memutuskan bahawa seorang tuan tanah akan tiestop daripada menuntut sewa pada kadar biasa semasa Perang Dunia Kedua disebabkan dia telah menjamin bahawa sewa boleh dibayar pada kadar setengah sehingga perang selesai. Mahkamah Rayuan melangkah lebih jauh dalam kes Collier lwn P&M J Wright (Holdings) Ltd.[79] Arden LJ berhujah bahawa seorang rakan kongsi yang dijamin yang dia hanya perlu bertanggungjawab terhadap satu pertiga daripada hutang perkongsiannya berbanding bersesama dan berasingan bertanggungan untuk kesemua hutang tersebut, telah bergantung kepada jaminan tersebut dengan membuat pembayaran, dan ia tidak saksama untuk syarikat kewangan itu menuntut kesemua hutang darinya. Maka, janji estopel boleh mengelakkan peraturan common law kes Foakes. Akan tetapi janji estopel difikirkan tidak boleh menjadi kausa tindakan secara sendirinya, maka seseorang hanya boleh menggunakan janji estopel sebagai "perisai", tetapi tidak boleh membawa kausa tindakan estopel sebagai "pedang".[80] Di Australia, peraturan ini diketepikan dalam kes Walton Stores (Interstate) Ltd lwn Maher yang mana Encik Maher diajak yang dia akan beroleh kontrak untuk menjual tanahnya, dan mula meruntuhkan bangunannya sebelum Kedai Walton memberitahunya bahawa mereka tidak mahu terus dengan pembelian. Encik Maher kemudiannya mendapat ganti rugi yang lumayan (iaitu ganti rugi persandaran, tetapi seakan-akan ganti rugi jangkaan kontrak).[81] Namun, apabila jaminan melibatkan hak terhadap hartanah, sejenis lagi "hartanah estopel" membenarkan seseorang penuntut untuk memplidkan estopel sebagai kausa tindakan. Maka dalam kes Crabbe lwn Majlis Daerah Arun, Encik Crabbe dijamin bahawa beliau akan mendapat laluan akses kepada tanahnya oleh Majlis Daerah Arun, dan bersandarkan itu dia menjual separuh dari hartanahnya yang punyai satu-satunya laluan akses yang wujud. Majlis kemudiannya diestop daripada tidak melakukan apa yang dikatakannya akan dilakukan.[82] Memandangkan analisa undang-undang kompleks yang perlu dilalui untuk mendapatkan penyelesaian mudah, ia tidaklah ganjil bahawa sebilangan pengkomen[83] disamping Prinsip-Prinsip Undang-Undang Kontrak Eropah memanggil untuk doktrin balasan dihapuskan, dengan meninggalkan kehendak perjanjian dan niat mengadakan perhubungan undang-undang. Tindakan ini juga akan menghapuskan keperluan untuk doktrin priviti common law.

Priviti

Peraturan common law priviti dalam kontrak adalah subperaturan balasan kerana ia membataskan siapa yang boleh menguatkuasakan perjanjian terhadap mereka yang membawa balasan kepada rundingan. Dalam kes awal, Tweddle lwn Atkinson, ia didapati bahawa seorang anak tidak memberikan apa-apa balasan untuk janji bapa tirinya kepada bapa kandungnya untuk membayar kepada anaknya £200 dan oleh sebab demikian dia tidak boleh menuntut wang itu.[84] Disebabkan prinsip bahawa kebolehan menguatkuasakan obligasi perlu mencerminkan sesiapa yang punyai kepentingan dalam perlakukannya, pada tahun 1996 Suruhanjaya Undang-Undang dinamakan Privity of Contract: Contracts for the Benefit of Third Parties mencadangkan bahawa sementara mahkamah-mahkamah dibiarkan memajukan common law, sesetengah lagi ketidakadilan yang lebih ketara harus dibuang.[85] Ini menjerus kepada Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999. Dibawah seksyen 1, pihak ketiga dibenarkan menguatkuasakan suatu perjanjian sekiranya ia seakan memberikan manfaat kepadanya, secara individu atau ahli sepasukan, dan tiada stipulasi bahawa pihak demikian tidak dibenarkan menguatkuasakannya.[86] Dalam hal ini terdapat beban yang kuat diatas pihak yang menuntut bahawa tuntutan tidak diniatkan oleh pihak ketiga.[87] Pihak ketiga mempunyai remedi yang sama seperti yang menjadi privi terhadap suatu perjanjian, dan boleh menguatkuasakan kedua-dua manfaat positif, atau batasan liabiliti, seperti dalam klaus pengecualian.[88] Hak pihak ketiga hanya boleh dimansuhkan atau ditarik balik tanpa persetujuan beliau sekiranya dapat dijangkakan bahawa beliau akan bersandarkan kepadanya.[89]

Dalam kes River Douglas Catchment Board[90] Denning LJ mengkritik peraturan priviti ini buat kali pertamanya sebelum pengenalan Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999.

Reformasi-reformasi yang dibawa Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999 bermakna sebilangan kes-kes yang telah diputuskan perbeza penghakimannya pada hari ini. Dalam kes Beswick lwn Beswick[91] sementara Dewan Pertuanan memutuskan bahawa Puan Beswick boleh menguatkuasakan secara spesifik janji anak saudara lelakinya untuk membayar kepadanya £5 seminggu sebagai pentadbir wasiat, Akta ini juga membolehkannya menuntut sebagai pihak ketiga. Dalam kes Scruttons Ltd lwn Midland Silicones Ltd[92] ia mungkin bagi firma kuli pelabuhan untuk mendapatkan pelindungan klaus pembatasan dalam kontrak antara pembawa dan pemilik setong kimia yang rosak, tetapi tidak kerana pada masa ini, Akta ini belum diperkenalkan. Lord Denning menentang hakikat ini dengan hujahannya untuk menghapuskan peraturan ini, dan Lord Reid memberi pendapat bahawa sekiranya suatu bil muatan secara nyata memberikan perlindungan klaus pembatasan ini atas kuli-kuli berkenaan, maka kuli-kuli berkenaan memberi kuasa kepada pembawa untuk melakukan begitu, dan "kesulitan berkenaan balasan dibawa oleh kuli-kuli dapat diatasi" dan secara langsungnya kuli-kuli tersebut beroleh perlindungan tersebut. Malangnya, itu bukan situasinya. Dalam kes The Eurymedon,[93] pendapat Lord Reid dapat diaplikasikan apabila sesetengah kuli pelabuhan mahukan manfaat klaus pengecualian apabila menghentakkan dan merosakkan mesin gerudi, dengan balasan yang didapati bahawa kuli-kuli berkenaan sedang melakukan tanggungjawab kontrak mereka untuk pemilik mesin itu (iaitu pihak ketiga). Kini, dengan Akta berkenaan, tidak lagi diperlukan analisa-analisa teknikal seperti ini [94] disebabkan apa jua kontrak yang memberikan manfaat kepada pihak ketiga secara dasarnya boleh dikuatkuasakan pihak berkenaan.[95]

Disebabkan Akta berkenaan tidak memberi kesan kepada hak penerima untuk menguatkuasakan kontrak disisi common law,[96] isu yang masih belum disentuh adalah setakat mana seseorang penerima dibenarkan menuntuk ganti rugi bagi pihak ketiga, sekiranya dia sendiri tiada mengalami kerugian. Dalam kes Jackson lwn Horizon Holidays Ltd,[97] Lord Denning MR memutuskan bahawa seorang bapa boleh menuntut ganti rugi disebabkan kekecewaan (lebih daripada kerugian kewangan yang dialami) suatu pengalaman percutian yang tidak menyeronokkan bagi pihak keluarganya. Tetapi majoriti Dewan Pertuanan dalam kes Woodar Investment Development Ltd lwn Wimpey Construction UK Ltd[98] tidak menyetujui kebolehan meluas satu pihak terlibat menuntut ganti rugi bagi pihak ketiga, kecuali buat beberapa jenis kontrak pengguna. Terdapat ketidaksetujuan sama ada keadaan ini masih berkekalan kini.[99] Terdapat juga kesukaran dalam kes-kes yang melibatkan rumah-rumah yang punyai kerosakan, yang dijual kepada pembeli, yang kemudiannya menjual kepada pihak ketiga. Nampaknya pembeli pertama mahupun pihak ketiga dapat menuntut di bawah Akta ini, sebab mereka tidak lazimnya diidentifikasikan oleh kontrak pertama (atau diketahui) secara terdahulu.[100] Selain daripada situasi berkait tort ini, dalam amalan kebiasaan, doktrin priviti tidak diendahkan dalam beberapa situasi, seperti dalam undang-undang amanah dan agensi.

Agensi

Dalam kes Watteau lwn Fenwick,[101] Lord Coleridge CJ menduduki Queen's Bench bersehaluan dengan pendapat oleh Wills J bahawa seorang pihak ketiga boleh menyalahkan prinsipal yang tidak dikenalinya apabila dia menjual rokok kepada agen yang bertindak melampaui batasannya. Wills J memutuskan bahawa "prinsipal bertanggungjawab untuk semua perbuatan agennya yang dalam kuasa lingkungan yang diberikan kepada agen sebegitu, dengan tidak mengira batasan, antara prinsipal dan agennya, yang diletakkan terhadap kuasa itu." Keputusan ini dikritik dan diragui,[102] tetapi tidak dihapuskan sepenuhnya, di Britain. Ia kadangkala dirujuk sebagai "kuasa lazim" (tetapi bukan dalam maksud yang digunakan oleh Lord Denning MR dalam kes Hely-Hutchinson, yang mana ia sama dengan "kuasa sebenar yang diimplikasikan"). Ia diterangkan sebagai sejenis kuasa yang kenampakan jelas, atau "kuasa agensi yang sedia ada".

Penafsiran

Sementara Pameran Besar 1851 menggariskan kemuncak dagangan industri Empayar British, undang-undang Inggeris mewujudkan teori kebebasan berkontrak, melihat polisi laissez faire sebagai polisi yang terbaik.[103]

Sekiranya ada perjanjian - iaitu kontrak - yang wujud, ciri-ciri terma kontrak penting sekiranya satu pihak telah melanggari persetujuannya. Terma-terma suatu kontrak adalah apa yang dijanjikan. Tetapi ia terpulang kepada mahkamah-mahkamah untuk menafsir bahan bukti apa yang pihak-pihak menyatakan sebelum kontrak termeterai, dan menafsirkan terma-terma yang dipersetujui. Penafsiran kontrak mula dengan janji-janji nyata yang pihak-pihak terlibat berkata sesama mereka, tetapi dapat dijumpai dalam dokumen-dokumen atau notis-notis. Peraturan am untuk kemasukan terma-terma dalam perjanjian adalah bahawa notis wajar terma berkenaan perlu, dan lebih banyak notis diperlukan untuk terma yang membebankan. Maksud terma-terma itu kemudiannya mesti ditafsir, dan pendekatan moden adalah untuk menafsir maksud perjanjian dari perspektif seseorang wajar yang mengetahui akan kesemua konteks perjanjian berkenaan. Mahkamah-mahkamah dan juga perundangan berkemungkinan menyiratkan terma-terma dalam kontrak secara amnya untuk 'menutup jurang' sebagaimana diperlukan untuk menepati jangkaan-jangkaan munasabah pihak-pihak terlibat, atau sebagai sampingan mengikut keperluan kontrak spesifik. Undang-undang Inggeris sejak abad ke-19 berpandukan prinsip laissez faire "kebebasan berkontrak" maka dalam undang-undang am kontrak, sesiapa pun boleh menyetujui apa jua terma dan syarat yang disukai. Secara kontranya, sebilangan jenis kontrak, terutama bagi pengguna, pekerja dan penyewa dipinda untuk memastikan piawaian minima hak, yang kebanyakannya didapati dari statut, yang bertujuan mendapat kesinambungan terma-terma kontrak. Evolusi undang-undang kes dalam abad ke-20 secara amnya menunjukkan perbezaan ketara antara kontrak antara pihak-pihak komersil dan antara pihak-pihak yang kuasa rundingan mereka tidak seimbang,[104] disebabkan dalam hal transaksi antara golongan ini, kebolehan untuk memilih yang sebenar terjejas disebabkan kekurangan persaingan di pasaran. Maka, sesetengah terma tidak adil boleh dibuat tidak menjadi dibawah Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 atau Peraturan-Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 dan boleh dibuang boleh mahkamah-mahkamah dengan bantuan administratif Pejabat Perniagaan Adil.

Kemasukan terma

Janji-janji yang ditawarkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain adalah terma-terma suatu kontrak, tetapi bukan semua yang diperihalkan sebelum penerimaan akan menjadi terma. Peraturan asas penafsiran adalah suatu representasi adalah suatu terma sekiranya ia kelihatan "seperti mahu diletakkan" dalam kontrak daripada perspektif seseorang yang wajar.[105] Ia termasuk berapa pentingnya terma berkenaan oleh pihak-pihak terlimat, tetapi juga sebagai cara melindungi pihak yang lemah, mahkamah-mahkamah menambah bahawa seseorang yang lebih mengetahui dalam transaksi berkenaan berkebarangkalian lebih untuk membuat janji, berbanding hanya representasi. Maka dalam kes Oscar Chess Ltd lwn Williams[106] Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Encik Williams menjual sebuah kereta Morris kepada penjual kereta terpakai secara silapnya (meskipun dalam niat baik disebabkan bergantung kepada buku log palsu) dengan menyatakan bahawa ia model 1948 padahal ia sebenarnya dari tahun 1937, penjual kereta berkenaan tidak boleh kemudiannya menuntut pelanggaran kontrak kerana dia dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengetahui keadaan sebenar. Ini penting kerana sementara satu pihak punyai hak untuk mengelak daripada perjanjian, atau membatalkan kontrak, sekiranya mereka diperdaya dengan salah nyataan untuk memasuki kontrak berkenaan dan seterusnya menuntut sebarang ganti rugi, sekiranya pernyataan adalah terma dan ia salah, mereka boleh menuntut keuntungan yang rugi. Maka terma-terma yang tidak dikotakan menyebabkan kepada ganti rugi untuk melindungi kesemua jangkaan penutut, untuk meletakkan mereka pada kedudukan seperti kontrak telah dilaksanakan.

Parker lwn South Eastern Rly Co,[107] suatu kes dari stesen kereta api Charing Cross yang memutuskan bahawa orang ramai perlu diberikan notis munasabah sebelum terma boleh dijadikan sebahagian daripada kontrak.

Apabila suatu kontrak dijadikan bertulis, terdapat anggapan asas bahawa dokumen bertulis itu akan mengandungi kesemua terma-terma dalam suatu perjanjian,[108] dan apabila seseorang menandatangani dokumen, kesemua terma yang termasuk dalam dokumen tersebut mengikat mereka[109] (kecuali sekiranya dokumen berkenaan hanyalah kertas administratif atau di bawah pembelaan non est factum[110]). Ini sangat penting dalam transaksi komersil kerana perniagaan-perniagaan mahukan kepastian dalam urusniaga mereka. Sekiranya suatu pernyataan adalah terma, dan pihak terlibat tidak menandatangani suatu dokumen, maka terma-terma boleh dimasukkan dengan rujukan kepada sumber-sumber yang lain, atau melalui perhubungan yang lampau. Peraturan asas, yang digariskan dalam kes Parker lwn South Eastern Railway Company,[111] adalah bahawa notis munasabah diperlukan sebelum seseorang boleh terikat dengan terma. Dalam kes ini, Encik Parker meninggalkan kotnya dalam bilik di stesen kereta api Charing Cross dan diberikan tiket yang belakangnya mengandungi terma bahawa sebarang liabiliti hanyalah boleh dituntut sehingga ke £10. Mahkamah Rayuan menghantar semula kes ini untuk ditentukan juri (sebagaimana wujud pada ketika itu) untuk ditentukan. Pendekatan moden adalah bahawa sekiranya suatu terma lebih membebankan, notis yang lebih terang dan jelas perlu dikemukakan. Denning LJ dalam kes J Spurling Ltd lwn Bradshaw[112] pernah berkata "Sesetengah klaus yang saya lihat di sini perlu dicetak menggunakan dakwat merah pada hadapan dokumen dengan tangan merah yang menunjukkan kepadanya sebelum notis boleh dianggap mencukupi." Dalam kes Thornton lwn Shoe Lane Parking Ltd[113] suatu tiket medan meletakkan kenderaan yang merujuk kepada notis yang terletak di dalam tempat letak kereta berkenaan dikatakan tidak mencukupi untuk mengecualikan liabiliti medan letak kereta itu untuk kecederaan peribadi pelanggan-pelanggan di premisnya. Dalam kes Interfoto Picture Library Ltd lwn Stiletto Ltd[114] Bingham LJ memutuskan bahawa notis dalam bagasi gambaran filem negatif berkenaan fi untuk pemulangan lewat negatif berkenaan (yang berlumlah sebanyak £3,783.50 untuk 47 negatif selepas hanya sebulan) adalah terma yang terlalu membebankan untuk dimasukkan tanpa notis yang jelas. Secara kontranya dalam kes O’Brien lwn MGN Ltd[115] Hale LJ memutuskan bahawa kegagalan akhbar Daily Mirror untuk menyatakan dalam kesemua suratkhabar-suratkhabar bahawa sekiranya terdapat terlalu banyak pemenang cabutan bertuah percumanya untuk £50,000 maka akan teradakan satu lagi cabutan dikata tidak terlalu membebankan pada pihak "pemenang" yang tidak berjaya sehingga tidak boleh dimasukkan sebagai terma perjanjian. Ia boleh juga menjadi bahawa sebarang perhubungan antara pihak-pihak terdahulu yang konsisten dimasukkan sebagai terma dalam perhubungan mereka pada masa hadapan. Dalam kes Hollier lwn Rambler Motors Ltd[116] Mahkamah Rayuan memutuskan bahwa Encik Hollier, yang keretanya terbakar dalam api yang diwujudkan seseorang pekerja cuai di garaj Rambler Motors, tidak terikat dengan klaus yang mengecualikan liabiliti untuk "kerosakan yang disebabkan api" pada belakang invois yang dia telah lihat semasa tiga atau empat kali hadir di tempat berkenaan dalam masa lima tahun terdahulu. Ia dikatakan tidak cukup konsisten. Tetapi dalam kes British Crane Hire Corporation Ltd lwn Ipswich Plant Hire Ltd[117] Lord Denning MR memutuskan bahawa suatu syarikat menyewa kren terikat dengan terma yang menghendaki mereka membayar ganti rugi mendapatkan semula kren berkenaan apabila ia tenggalam dalam paya, meskipun hanya pernah berhubung sebelum ini sekali sahaja. Sebab utama adalah keseimbangan kuasa rundingan antara pihak-pihak terlibat.[118]

Penafsiran

Selepas pemutusan kes ICS Ltd lwn West Browmwich BS,[119] yang melibatkan skim pampasan Financial Services Authority untuk badan-badan perkhidmatan kewangan yang muflis, terma-terma kontrak ditafsir secara objektif dan berkait konteks.

Selepas ia diputuskan secara jelas terma-terma yang termasuk dalam suatu perjanjian, pengertian mereka mesti ditentukan. Sejak pengenalan perundangan yang mengawal terma-terma tidak adil, mahkamah-mahkamah Inggeris lebih cenderung kepada prinsip bahawa perjanjian mesti ditafsir untuk memberikan kesan kepada niat pihak-pihak terlibat dari pemerihatian seseorang yang wajar. Ini adalah perubahan ketara daripada awal abad ke-20 apabila mahkamah-mahkamah mula menggunakan teori penafsiran literal yang disokong antara lainnya oleh Lord Halsbury.[120] Apabila wujudnya kebimbangan pada pertengahan abad berkenaan mengenai terma-terma tidak adil, dan terutamanya terma yang mengecualikan liabiliti, mahkamah-mahkamah memerangi ini dengan memakai doktrin contra proferentum. Kekaburan-kekaburan dalam klaus-klaus yang mengecualikan atau mengehadkan liabiliti satu pihak akan ditafsir menentang pihak berkenaan. Dalam kes utama, Canada Steamship Lines Ltd lwn R[121] tempat pemunggahan di Montreal terbakar, dan memusnahkan barangan yang dimiliki Canada Steamship Lines. Lord Morton memutuskan bahawa klaus dalam kontrak mengehadkan liabiliti satu pihak untuk "kerosakan... pada... barangan... yang... terletak di tempat berkenaan" tidak mencukupi untuk mengehadkannya pada liabiliti untuk kecuaian kerana klaus itu juga boleh ditafsir sebagai merujuk kepada liabiliti ketat di bawah satu lagi klaus kontrak. Ia ditafsir sebagai mengecualikan liabiliti jenis itu pula. Sesetengah hakim, sebagai contoh Lord Denning mahukan peraturan yang lebih ketat dengan pengenalan "pelanggaran fundamental kontrak" di mana liabiliti untuk pelanggaran kontrak serius tidak boleh dikecualikan sama sekali.[122] Manakala peraturan-peraturan yang sedia ada membantu apabila statut tidak, penafsiran-penafsiran bermusuhan ini[123] difikirkan tidak bertepatan dengan penerangannya yang asal.[124]

Selaras dengan kedudukan moden sejak perundangan terma tidak adil diwujudkan,[125] perenggan paling dipercakapkan di mahkamah-mahkamah Inggeris berkenaan penafsiran didapati dalam penghakiman Lord Hoffmann dalam kes ICS Ltd lwn West Browmwich BS.[126] yang menyatakan semula undang-undang bahawa erti sesuatu dokumen adalah apa yang dimaksudkan pada (1) seseorang wajar (2) dengan pengetahuan konteks (3) kecuali rundingan-rundingan terdahulu dan (4) maksud tidak didapati daripada kamus tetapi pengertian konteksnya tetapi (5) maksud tidak boleh bertentangan dengan akal fikiran. Objektif utama adalah sentiasa memberikan kesan kepada niat pihak-pihak terbabit.[127] Sementara kehendak (3) masih kekal sebagai undang-undang disebabkan kos litigasi yang tinggi,[128] terdapatnya pertikaian mengenai seberapa banyak bukti rundingan-rundingan terdahulu boleh dikecualikan daripada mahkamah.[129] Ia semakin jelas bahawa mahkamah-mahkamah boleh merujuk kepada bukti-bukti rundingan di mana ia boleh membantu dalam menafsirkan pengertian sesuatu perjanjian.[130] Pendekatan terhadap penafsiran seperti ini bersamaan sedikit dengan hak pihak-pihak untuk mendapatkan "pembaikpulihan" dokumen, atau meminta mahkamah tidak membaca dokumen tidak secara literal tetapi dengan kesedaran bahawa apa yang pihak-pihak dapat buktikan sebagai niat mereka.[131]

Terma-terma tersirat

Kes berkenaan terma tersirat Equitable Life Assurance Society lwn Hyman,[132] memutuskan bahawa terma-terma individu disiratkan apabila perlu untuk mencerminkan jangkaan munasabah pihak-pihak terlibat. Ia menyumbang kepada penggulungan syarikat Equitable Life yang dokumennya kini diarkibkan di Staple Inn, Holborn.

Sebahagian daripada penafsiran kontrak melibatkan mahkamah-mahkamah dan statut-statut menyiratkan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian.[133] Secara amnya, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma apabila terma-terma tersurat perjanjian mewujudkan jurang. Disebabkan fahaman kebebasan berkontrak yang diamalkan, mahkamah-mahkamah tidak lazim membatalkan terma-terma tersurat untuk pihak-pihak terbabit.[134] Perundangan juga boleh dijadikan sumber untuk terma-terma tersirat, dan boleh dibatalkan dengan persetujuan pihak-pihak, atau mempunyai ciri-ciri wajib.[135] Bagi kontrak secara am, terma-terma individu disiratkan ("tersirat sebagai fakta") untuk mencerminkan "jangkaan munasabah pihak-pihak", dan seperti proses penafsiran, penyiratan terma dalam kontrak komersil mesti dikaitkan dalam konteks komersil.[136] Dalam kes Equitable Life Assurance Society lwn Hyman memutuskan, dalam penghakiman yang dipertikaikan, bahawa "kadar anuiti terjamin" pemegang-pemegang polisi syarikat insurans nyawa tidak boleh diperturunkan kadar bonus mereka oleh pengarah-pengarah semasa syarikat menghadapi masalah kewangan, kerana ia akan bertentangan dengan "jangkaan munasabah" pemegang-pemegang polisi berkenaan. Lord Steyn menyatakan bahawa suatu terma mesti disiratkan dalam kontrak polisi bahawa budi bicara pengarah-pengarah dibataskan kerana "ia sangat perlu... untuk memberikan kesan kepada jangkaan munasabah kesemua pihak".[137] Pembentukan secara objektif dan berkonteks ini adalah berlainan degan pembetukan subjekfif ujian penyiratan terma, yang menanya apakah pendekatan "pemerhati peramah" berkenaan apa yang "mungkin dikontrakkan pihak-pihak" sekirana mereka memakai minda mereka kepada jurang yang wujud dalam kontrak.[138] Amalan-amalan perdagangan juga boleh menjadi punca terma tersirat sekiranya ia "pasti, dikenalpasti, wajar, diiktiraf sebagai mengikat dari segi undang-undang dan konsisten dengan terma-terma tersurat".[139]

Dalam kontrak-kontrak spesifik, seperti yang untuk jualan barangan, antara tuan tanah dan penyewa, atau dalam pekerjaan, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma piawai (atau terma-terma "yang tersirat dalam undang-undang"). Terma-terma seperti ini merupakan "peraturan-peraturan tetap" yang dipakai apabila tidak dipersetujui sebaliknya. Dalam satu jenis kodifikasi, Akta Jualan Barangan 1893 menyenaraikan kesemua peruntukan-peruntukan kontrak piawai dalam kebanyakan perjanjian-perjanjian komersil yang dibentuk melalui common law. Ini telah dikemaskinikan dalam Akta Jualan Barangan 1979 dan terpakai apabila pihak-pihak dalam kontrak tidak menyetujui sebaliknya. Sebagai contoh, dibawah seksyen 12 hingga 14, sebarang kontrak untuk jualan barangan disiratkan dengan terma bahawa pejual mempunyai hak terhadap barangan tersebut, bahawa barangan tersebut menepati apa yang dikatakan dan ia adalah berkualiti baik dan boleh digunakan untuk tujuan ia dibeli. Secara serupanya seksyen 13 Akta Pembekalan Barangan dan Perkhidmatan 1982 menyatakan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan mestilah dilakukan dengan perhatian dan kemahiran yang wajar. Di dalam common law ujian yang digunakan untuk menentukan terma tersirat seperti ini adalah terma "apa yang perlu" terhadap perlaksanaan kontrak tersebut. Ujian ini didapati dalam kes Liverpool City Council v Irwin[140] di mana Dewan Pertuanan memutuskan bahawa seorang tuan tanah punyai kewajipan terhadap penyewa-penyewa pangsapuri untuk memastikan bahawa pangsapuri tersebut diselenggarakan sewajarnya. Dalam kontrak-kontrak pekerjaan, beberapa terma-terma piawai juga disiratkan, sebelumpun statut dirujuk, sebagai contoh untuk memberikan pekerja-pekerja maklumat secukupnya untuk membuat penentuan terhadap tuntutan saraan mereka.[141] Terma terutama dalam kontrak pekerjaan adalah bahawa kedua-dua majikan dan pekerja mempunyai obligasi "saling mempercayai dan menyakini". Kesalingan percaya dan yakin ini boleh dilanggar dalam beberapa situasi, terutama dalam keadaan perlakuan majikan membolehkan seseorang pekerja menganggap dirinya sebagai dipecat secara konstruktif.[142] Dalam kes Mahmud dan Malik lwn Bank of Credit and Commerce International SA[143] Dewan Pertuanan memutuskan bahawa kewajipan ini dilanggar oleh majikan yang mengendalikan perniagaannya untuk menutup kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang. Dewan Pertuanan menggariskan bahawa terma ini sentiasa boleh dikecualikan, tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak seperti kontrak barangan atau perkhidmatan antara entiti-entiti komersil, perhubungan majikan dan pekerja disifatkan sebagai tidak senambung. Dalam kes Johnstone lwn Bloomsbury Health Authority[144] Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa doktor yang masih baru tidak boleh dipaksa bekerja 88 jam seminggu meskipun ia adalah terma nyata dalam kontraknya, sekiranya ini membahayakan kesihatannya. Tetapi seorang hakim menyatakan bahawa keputusan ini didapati dalam pemakaian Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977, seorang lagi hakim menyatakan bahawa di common law terma yang nyata tersurat boleh ditafsir berdasarkan terma-terma tersirat, dan seorang lagi puna menyatakan bahawa terma-terma tersirat boleh mengecualikan terma-terma tersurat.[145] Dalam alam pekerjaan baikpun hal ehwal pengguna, mahkamah-mahkamah Inggeris masih tidak bermuafakat mengenai sejauh manakah mereka boleh mengenepikan paradigma asas kebebasan berkontrak apabila tiada peruntukan undang-undang statut.

Terma-terma tidak adil

Pada penguhujung abad ke-20, Parlimen meluluskan campur tangan komprehensifnya yang pertama dalam doktrin kebebasan berkontrak dalam bentuk Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977. Perihal terma tidak adil adalah meluas dan termasuklah kontrak-kontrak di bawah Akta Kredit Pengguna 1974, Akta Hak Pekerjaan 1996 dan Akta Tuan Tanah dan Penyewa 1985. Perundangan yang berkait perlindungan pengguna juga sering dikemaskinikan oleh Kesatuan Eropah seperti dalam undang-undang Peraturan Ganti Rugi Penerbangan Kesatuan Eropah,[146] yang kemudiannya dimasukkan dalam undang-undang tempatan melalui instrumen statut yang diluluskan di bawah subseksyen 2(2) Akta Komuniti Eropah 1972 sebagai contoh dengan Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Jarak Jauh) 2000. Perundangan terutama mengenai terma kontrak tidak adil yang berasal daripada Kesatuan Eropah adalah Peraturan Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999.[147] Kedua-dua Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 dan Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 mempunyai pemakaian serupa dan oleh sebab ini Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang telah mencadangkan Rang Undang-Undang Terma Kontrak Tidak Adil untuk menggabungkan kedua-duanya dalam satu dokumen dan memperkasakan perlindungan terhadap perniagaan kecil-kecilan tetapi Parlimen masih belum bertindak keatasnya.[148]

"Tiada siapapun darimu yang kini akan mengingati masalah yang dihadapi kami pada masa itu - apabila saya didaftaraikan sebagai Peguambela - dengan klausa pengecualian. Mereka bersaiz kecil dan dicetak di belakang hampir kesemua tiket, permohonan dan invois. Mereka juga boleh dijumpai dalam katalog dan jadual waktu. Mereka kesemuanya diputuskan mengikat mereka yang menerimanya tanpa bantahan. Tiada siapapun yang membantah. Tiada siapapun yang membacanya atau mengetahui apa yang terkandung dalamnya. Tidak mengira betapa tidak munasabahnya ia, dia masih terikat dengannya. Kesemuanya dilakukan atas nama "kebebasan berkontrak". Tetapi kebebasan ini berat sebelah pihak besar yang punyai mesin percetakan. Tiada kebebasan bagi pihak kecil yang mengambil tiket, permohonan atau invois. Pihak besar berkata, "Suka diambil, tidak suka jangan diambil". Pihak kecil terpaksa akur dengannya. Pihak besar boleh dan sememangnya mengecualikan dirinya daripada liabiliti dengan memikirkan kepentingan dirinya tanpa mengambil berat perihal pihak kecil. Pihak besar ini terlepas daripada menanggung akibat perbuatan ini berkali-kalinya. Apabila mahkamah-mahkamah menyatakan kepada pihak besar itu "Kamu mestilah meletakkannya dalam istilah yang mudah difahami," ia tidak teragak-agak melakukannya. Ia mengetahui bahawa pihak kecil tidak akan membaca klausa pengecualian atau memahaminya. Ia adalah masa suram bagi undang-undang kontrak kita."

Lord Denning MR dalam George Mitchell (Chesterhall) Ltd lwn Finney Lock Seeds Ltd [1982] EWCA Civ 5, [1983] QB 284, 297

Lihat juga


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Nota

  1. ^ The Judicial Committee of the Privy Council decided cases on appeal from the Australian courts until 1985, from Canada until 1959, and from India until 1948.
  2. ^ See G Treitel, The Law of Contract (2003) 1, ‘A contract is an agreement giving rise to obligations which are enforced or recognised by law.’ J Beatson, Anson’s Law of Contract (OUP 2002) 73, ‘English law does not regard a bare promise or agreement as legally enforceable but recognises only two kinds of contract, the contract made by deed, and the simple contract. A contract made by deed derives its validity neither from the fact of the agreement nor because it is an exchange but solely from the form in which it is expressed. A simple contract as a general rule need not be made in any special form, but requires the presence of consideration which… broadly means that something must be given in exchange for a promise.’ American Law Institute, Restatement (2d) of Contracts, ‘A contract is a promise or set of promises for the breach of which the law gives a remedy, or the performance of which the law in some way recognises as a duty.’
  3. ^ See Smith v Hughes (1871) LR 6 QB 597, per Blackburn J. See also, Williams v. Walker-Thomas Furniture Co., 350 F 2d 445 (CA DC 1965) per Wright J using the phrase "objective manifestation of consent".
  4. ^ e.g. Law of Property (Miscellaneous Provisions) Act 1989 s 2(1)
  5. ^ See Fisher v Bell [1961] 1 QB 394 and Pharmaceutical Society v Boots Cash Chemists [1953] EWCA Civ 6, both of which appeared to turn more on whether a criminal statute should create liability for a shopkeeper, at a time when a literal approach to interpretation of legislation was followed.
  6. ^ Partridge v Crittenden [1968] 1 WLR 1204
  7. ^ Sale of Goods Act 1979 s 57(2)
  8. ^ Blackpool and Fylde Aero Club v Blackpool BC [1990] EWCA Civ 13
  9. ^ See Barry v Davies [2000] EWCA Civ 235, and the old case Payne v Cave (1789) 3 TR 148.
  10. ^ e.g. Thornton v Shoe Lane Parking Ltd [1971] 2 QB 163
  11. ^ See Carlill v Carbolic Smoke Ball Co [1892] EWCA Civ 1; Chapelton v Barry Urban District Council [1940] 1 KB 532.
  12. ^ See the Consumer Protection from Unfair Trading Regulations 2008 rr 5, 8-18 (SI 2008/1277). This is secondary legislation, passed under the Trade Descriptions Act 1968.
  13. ^ See the Equality Act 2010. See also Constantine v Imperial Hotels Ltd [1944] KB 693 and Lefkowitz v Great Minneapolis Surplus Stores, 86 NW 2d 689 (1957)
  14. ^ Entores Ltd v Miles Far East Corporation [1955] EWCA Civ 3
  15. ^ See also, The Brimnes [1974] EWCA Civ 15
  16. ^ The general rule was confirmed in Brinkibon Ltd v Stahag Stahl und Stahlwarenhandelsgesellschaft mbH [1983] 2 AC 34. See also, S Hill, ‘Flogging a Dead Horse - The Postal Acceptance Rule and Email’ (2001) 17 Journal of Contract Law 151, arguing that email is the same as telex and fax.
  17. ^ See Adams v Lindsell [1818] EWHC KB J59 and S Gardner, "Trashing with Trollope: A Deconstruction of the Postal Rules in Contract" (1992) 12 Oxford Journal of Legal Studies 170. Historically a post officer was the agent of the recipient of letter, who would often pay for receiving it. Giving a letter to the postman or putting it in the postbox was construed as communicating acceptance at the time of posting.
  18. ^ See the Principles of European Contract Law art 2:205. Common law countries mostly inherited the same rule from England, and it found its way into the United Nations Convention on Contracts for the International Sale of Goods arts 16(1) and 18(2)
  19. ^ See Henthorn v Fraser [1892] 2 Ch 27 and Holwell Securities Ltd v Hughes [1974] 1 WLR 155. See also Bramwell LJ's dissenting judgment in The Household Fire and Carriage Accident Insurance Company (Limited) v Grant (1878-79) LR 4 Ex D 216.
  20. ^ nb Manchester Diocesan Council for Education v Commercial and General Investments Ltd [1969] 3 All ER 1593, holding a prescribed mode need not necessarily mean it is the only mode of acceptance.
  21. ^ See Felthouse v Bindley
  22. ^ (1877) 2 AC 666
  23. ^ [1893] 2 QB 256
  24. ^ See Williams v Carwardine [1833] EWHC KB J44 and Gibbons v Proctor (1891) 64 LT 594. The Australia case, R v Clarke (1927) 40 CLR 227 opined that reliance on the offer is also necessary, however this appears to go further than what English law requires. See P Mitchell and J Phillips, 'The Contractual Nexus: Is Reliance Essential?' (2002) 22(1) Oxford Journal of Legal Studies 115
  25. ^ See Errington v Errington [1952] 1 KB 290 and Daulia Ltd v Four Millbank Nominees Ltd [1978] Ch 231
  26. ^ Byrne v Van Tienhoven (1880) 5 CPD 344
  27. ^ Dickinson v Dodds (1876) 2 Ch D 463
  28. ^ Stevenson, Jacques & Co v McLean (1880) 5 QBD 346
  29. ^ (1840) 3 Beav 334
  30. ^ The Satanita [1897] AC 59
  31. ^ e.g. Lord Wilberforce in The Eurymedon [1975] AC 154, "English law, having committed itself to a rather technical and schematic doctrine of contract, in application takes a practical approach, often at the cost of forcing the facts to fit uneasily into the market slots of offer, acceptance and consideration."
  32. ^ [1977] EWCA Civ 9
  33. ^ [1979] UKHL 6
  34. ^ [1939] 3 All ER 566
  35. ^ cf Smith v Hughes (1871) LR 6 QB 597, where it was held that even though an oats dealer knew that a racehorse trainer was making a mistake about the kind of oats he was buying, the dealer had no obligation to inform him otherwise and the trainer was bound to his agreement.
  36. ^ [1864] EWHC Exch J19
  37. ^ See British Steel Corp v Cleveland Bridge and Engineering Co Ltd [1984] 1 All ER 504
  38. ^ Hillas & Co Ltd lwn Arcos Ltd [1932] UKHL 2
  39. ^ [1941] 1 AC 251
  40. ^ nb Sale of Goods Act 1979 s 8(2) stipulates that where a contract for goods is silent on price, a reasonable price must be paid. See also May and Butcher Ltd v R [1929] UKHL 2
  41. ^ [2001] EWCA Civ 274
  42. ^ Walford v Miles [1992] 2 AC 128, overturning a decision of Bingham LJ in the Court of Appeal.
  43. ^ [1968] EWCA Civ 4
  44. ^ [1919] 2 KB 571
  45. ^ Jones v Padavatton [1968] EWCA Civ 4
  46. ^ Merritt v Merritt [1970] EWCA Civ 6
  47. ^ Parker v Clark [1960] 1 WLR 286
  48. ^ See Esso Petroleum Co Ltd v Customs and Excise [1975] UKHL 4
  49. ^ See Rose & Frank Co v JR Crompton & Bros Ltd [1924] UKHL 2, Lord Atkin, however, emphasising that it was a case where "business people" were regulating their "business relations", rather than a situation involving two parties with an imbalance of bargaining power.
  50. ^ See Trade Union and Labour Relations (Consolidation) Act 1992 s 179. This follows an old theory popularised by Otto Kahn-Freund of the best kind of industrial relations being one of "collective laissez-faire".
  51. ^ See L Fuller, ‘Consideration and Form’ (1941) 41 Columbia Law Review 799
  52. ^ Law of Property (Miscellaneous Provisions) Act 1989 s 2(1)
  53. ^ Law of Property Act 1925 ss 52 and 54(2) require that such leases are made by deed.
  54. ^ Consumer Credit Act 1974 ss 60 and 61
  55. ^ Bills of Exchange Act 1882 s 3(1)
  56. ^ See Statute of Frauds 1677 s 4 and Actionstrength Ltd v International Glass Engineering In.Gl.EN.SpA [2003] UKHL 17, holding that while this requirement may be undesirable, it could not be circumvented through estoppel.
  57. ^ Law of Property (Miscellaneous Provisions) Act 1989 s 1
  58. ^ See Thomas v Thomas (1842) 2 QB 851, 859, and Currie v Misa [1875] LR 10 Ex 153, Lush LJ, "A valuable consideration, in the sense of the law, may consist either in some right, interest, profit or benefit accruing to the one party, or some forbearance, detriment, loss or responsibility given, suffered or undertaken by the other."
  59. ^ Bret v JS (1600) Cro Eliz 756 and White v Bluett (1853) 23 LJ Ex 36
  60. ^ See Shadwell v Shadwell (1860) 9 CB (NS) 159 and Pao On v Lau Yiu Long [1980] AC 614.
  61. ^ Dunlop Pneumatic Tyre Co Ltd v Selfridge Ltd [1915] AC 847, 855, approving the definition of F Pollock, Principles of Contract (13th edn) 113
  62. ^ See AT von Mehren, ‘Civil law analogues to consideration: an exercise in comparative analysis’ (1959) 72(4) Harvard Law Review 1009
  63. ^ e.g. K Llewellyn, 'What Price Contract?. An Essay in Perspective' (1931) 40 Yale Law Journal 741
  64. ^ (1937) Cmd 5449
  65. ^ [1809] EWHC KB J58
  66. ^ Chappell & Co Ltd v Nestle Co Ltd [1960] AC 87, per Lord Somervell
  67. ^ However under UK insolvency law, IA 1986 s 238 allows the court to declare a contract by an insolvent company void if it was at an undervalue.
  68. ^ See Eastwood v Kenyon (1840) 11 Ad&E 438
  69. ^ See Lampleigh v Braithwait (1615) Hob 105, and also the American case Webb v McGowin, 168 SO 196 (1935)
  70. ^ e.g. Stilk v Myrick [1809] EWHC KB J58
  71. ^ [1989] EWCA Civ 5
  72. ^ This essentially followed the earlier judgment of Denning LJ in Ward v Byham [1956] 1 WLR 496
  73. ^ [1884] UKHL 1. This followed Pinnel’s case (1602) 5 Co Rep 117a, from an age where, without any modern bankruptcy law, there was great concern that crafty debtors might hold their creditors to ransom.
  74. ^ See also D & C Builders v Rees [1966] 2 QB 617
  75. ^ [1993] EWCA Civ 8
  76. ^ See the Supreme Court of Judicature Act 1875
  77. ^ (1877) 2 App Cas 439
  78. ^ [1947] KB 130
  79. ^ [2007] EWCA Civ 1329. This decision essentially copies the obiter dicta of Lord Denning MR in D & C Builders v Rees [1966] 2 QB 617
  80. ^ e.g. Combe v Combe [1952] EWCA Civ 7
  81. ^ Walton Stores (Interstate) Ltd v Maher (1988) 164 CLR 387
  82. ^ See, Crabb v Arun District Council [1976] 1 Ch 170. See also Yeoman’s Row Management Ltd v Cobbe [2008] UKHL 55
  83. ^ e.g. PS Atiyah, 'Consideration: A Restatement' in Essays on Contract (OUP, 1986) 195
  84. ^ [1861] EWHC QB J57
  85. ^ (1996) Report No 242, 5.10. See A Burrows, 'The Contracts (Rights of Third Parties) Act 1999 and its implications for commercial contracts' [2000] LMCLQ 540, but also, heaping criticism on the reforms, R Stevens, ‘The Contracts (Rights of Third Parties) Act 1999’ (2004) 120 LQR 292
  86. ^ CRTPA 1999 ss 1(1)(a), 1(1)(b) and 1(2) respectively.
  87. ^ See Nisshin Shipping Co Ltd v Cleaves & Co Ltd [2004] 1 Lloyd’s Rep 38, [23]
  88. ^ CRTPA 1999 ss 1(5) and 1(6)
  89. ^ CRTPA 1999 s 2
  90. ^ Smith and Snipes Hall Farm Ltd v River Douglas Catchment Board [1949] 2 KB 500
  91. ^ [1967] UKHL 2
  92. ^ [1961] UKHL 4
  93. ^ [1974] UKPC 1
  94. ^ See The Mahkutai [1996] AC 650, 664-5, where Lord Goff opined that it was "perhaps inevitable" that there should develop "a fully-fledged exception to the doctrine of privity of contract, thus escaping from all the technicalities with which courts are now faced in English law."
  95. ^ One case that would not be decided differently in its result is Dunlop Pneumatic Tyre Co Ltd v Selfridge & Co Ltd [1915] AC 847, which involved the anti-competitive practice of resale price maintenance.
  96. ^ CRTPA 1999 s 4
  97. ^ [1974] EWCA Civ 12
  98. ^ UKHL 11
  99. ^ See The Albazero [1977] AC 774, 847 per Lord Diplock and Alfred McAlpine Construction Ltd v Panatown [2001] 1 AC 518, 538 per Lord Goff
  100. ^ See D&F Estates Ltd v Church Commissioners for England and Wales [1989] AC 177 and Linden Gardens Trust Ltd v Lenesta Sludge Disposals [1993] UKHL 4. Contrast Dutton v Bognor Regis Building Co Ltd [1972] 1 QB 373, where Lord Denning MR found no difficulty in granting a transmissible warranty of fitness for a building, but overruled by the House of Lords in D&F Estates. See also Junior Books Limited v Veitchi Company Limited [1982] UKHL 4
  101. ^ [1893] 1 QB 346
  102. ^ e.g. GHL Fridman, 'The Demise of Watteau v Fenwick: Sign-O-Lite Ltd v Metropolitan Life Insurance Co' (1991) 70 Canadian Bar Review 329
  103. ^ e.g. Lord Jessel MR in Printing and Numerical Registering Co v Sampson (1875) 19 Eq 462, 465
  104. ^ See in particular George Mitchell (Chesterhall) Ltd v Finney Lock Seeds Ltd [1983] QB 284 and Johnson v Unisys Ltd [2001] UKHL 13
  105. ^ Heilbut, Symons & Co v Buckleton [1913] AC 30, 50-1, Lord Moulton, ‘The intention of the parties can only be deduced from the totality of the evidence.’
  106. ^ [1957] 1 WLR 370
  107. ^ (1877) 2 CPD 416
  108. ^ See Allen v Pink (1838) 4 M&W 140, on the parol evidence "rule". The better view appears to be that this is not a rule, but a presumption: KW Wedderburn, ‘Collateral Contract’ [1959] CLJ 58. See also City and Westminster Properties (1934) Ltd v Mudd [1959] Ch 129 on collateral contracts. In California, the rule has been circumvented, see Pacific Gas & Elec. Co. v. G. W. Thomas Drayage Co., 69 Cal. 2d 33 (1968)
  109. ^ L'Estrange v F Graucob Ltd [1934] 2 KB 394, the purchaser of a faulty cigarette machine could not get a refund, because she had signed a document exempting the seller for any liability if it did not work.
  110. ^ See Grogan v Robin Meredith Plant Hire [1996] CLC 1127 and Gallie v Lee [1970] UKHL 5, [1971] AC 1004.
  111. ^ (1877) 2 CPD 416
  112. ^ [1956] EWCA Civ 3, [1956] 1 WLR 461. See also Olley v Marlborough Court [1949] 1 KB 532, where Denning LJ held a notice behind a door to a washbasin in a hotel guest's room was not prominent enough to exclude the hotel's liability for failing to prevent a thief stealing Mrs Olley's fur coat.
  113. ^ [1971] 2 QB 163
  114. ^ [1987] EWCA Civ 6, [1989] QB 433
  115. ^ [2001] EWCA Civ 1279
  116. ^ [1972] 2 QB 71
  117. ^ [1973] EWCA Civ 6, [1975] QB 303
  118. ^ See also Henry Kendall Ltd v William Lillico Ltd [1969] 2 AC 31 and Scheps v Fine Art Logistics Ltd [2007] EWHC 541
  119. ^ [1997] UKHL 28, [1998] 1 WLR 896
  120. ^ e.g., Lovell & Christmas Ltd v Wall (1911) 104 LT 85, Lord Cozens-Hardy MR stated, "it is the duty of the court… to construe the document according to the ordinary grammatical meaning of the words used therein."
  121. ^ [1952] AC 192
  122. ^ See Curtis v Chemical Cleaning and Dyeing Co [1951] 1 KB 805, Harbutt’s Plasticine Ltd v Wayne Tank Pump Co Ltd [1970] 1 QB 47 and Photo Production Ltd v Securicor Transport Ltd [1980] AC 827
  123. ^ See also Hollier v Rambler Motors Ltd [1972] 2 QB 71, where Salmon LJ held that even if the clause excluding liability for fire had been incorporated through a course of dealings, because a reasonable person would not believe it referred to the business' negligence, it would be construed to not cover that.
  124. ^ See George Mitchell (Chesterhall) Ltd v Finney Lock Seeds Ltd [1983] QB 284, and also Ailsa Craig Fishing Co Ltd v Malvern Fishing Co Ltd [1981] UKHL 12, [1983] 1 WLR 964, Lord Fraser notes Lord Morton's principles do not apply fully to limitation as opposed to exclusion clauses.
  125. ^ Lord Wilberforce in Rearden Smith Lines Ltd v Hansen Tangan [1976] 1 WLR 989 was taken as inspiration by Lord Hoffmann, a judgment passed as it was clear unfair terms legislation was to be enacted.
  126. ^ [1997] UKHL 28, [1998] 1 WLR 896
  127. ^ See HIH Casualty and General Insurance Ltd v Chase Manhattan Bank [2003] UKHL 6. This position reflects most civil law countries since the 19th century, e.g. in Germany BGB §133 where "the actual will of the contracting party, not the literal sense of words, is to be determined"
  128. ^ Chartbrook Ltd v Persimmon Homes Ltd [2009] UKHL 38
  129. ^ e.g. Lord Steyn, 'Contract Law: Fulfilling the Reasonable Expectations of Honest Men' (1997) 113 LQR 433
  130. ^ Oceanbulk Shipping & Trading SA v TMT Asia Ltd [2010] UKSC 44
  131. ^ See Frederick E Rose (London) Ltd v William H Pim Jnr & Co Ltd [1953] 2 QB 450
  132. ^ [2002] 1 AC 408
  133. ^ Attorney General of Belize v Belize Telecom Ltd [2009] UKPC 10
  134. ^ However where contracts are avoidable for lack of good faith, misrepresentation, duress or undue influence, or lack of capacity, and an order to reverse unjust enrichment is imposed, the same functional result may be reached.
  135. ^ For instance, the Model Articles for companies incorporated under the Companies Act 2006 contain many such default rules, while the terms of the Employment Rights Act 1996 cannot be contracted out of.
  136. ^ Equitable Life Assurance Society v Hyman [2000] UKHL 39, [2002] 1 AC 408, 459. The same test is used for implying contracts, Baird Textiles Holdings Ltd v Marks & Spencer plc [2001] EWCA Civ 274, [2002] 1 All ER (Comm) 737.
  137. ^ [2002] 1 AC 408, 459. See also Paragon Finance plc v Nash [2002] 1 WLR 685 and AG of Belize v Belize Telecom Ltd [2009] UKPC 10, [20]-[21]
  138. ^ The Moorcock (1889) 14 PD 64 and Southern Foundries (1926) Ltd v Shirlaw [1940] AC 701
  139. ^ Cunliffe-Owen v Teather & Greenwood [1967] 1 WLR 1421, per Ungoed Thomas LJ. See also Hutton v Warren [1836] EWHC Exch J61
  140. ^ [1977] AC 329. The judgment of Lord Denning MR in the Court of Appeal, [1976] QB 319, is notable for asserting that the judiciary should be able to imply terms whenever it is reasonable.
  141. ^ See Scally v Southern Health and Social Services Board [1992] 1 AC 294, cf Crossley v Faithful & Gould Holdings Ltd [2004] EWCA Civ 293
  142. ^ e.g. Wilson v Racher [1974] ICR 428
  143. ^ [1998] AC 20
  144. ^ [1992] QB 333
  145. ^ [1992] QB 333, respectively Leggatt LJ at 347-349, Sir Nicholas Browne-Wilkinson VC at 349-352, and Stuart Smith LJ at 340-347.
  146. ^ See EU Directive 2000/31/EC
  147. ^ See SI 1999/2083, implementing the EU Unfair Consumer Contract Terms Directive 93/13/EC
  148. ^ Law Commission, Unfair Terms in Contracts (2005) Law Com 292

Rujukan

Buku teks
  • PS Atiyah, An Introduction to the Law of Contract (Clarendon 2000)
  • J Beatson, A Burrows and J Cartwright, Anson's Law of Contract (29th edn OUP 2010)
  • H Collins, Contract Law in Context (4th edn CUP 2003)
  • R Goode and E McKendrick, Goode on Commercial Law (4th edn Penguin) chs 3 and 4, 69-176
  • E McKendrick, Contract Law (8th edn Palgrave 2009)
  • E Peel and GH Treitel, Treitel on the Law of Contract (13th edn Sweet and Maxwell 2011)
Kes dan Sumber
  • A Burrows, A Casebook on Contract (3rd edn Hart 2011)
  • E McKendrick, Contract Law: Text, Cases and Materials (OUP 2010)
  • J Poole, Casebook on Contract Law (8th edn OUP 2006)
Buku
Rencana
Laporan
  • Law Revision Committee, Statute of Frauds and the Doctrine of Consideration (1937) Cmnd 5449
  • Law Reform Committee, Innocent Misrepresentation (1962) Cmnd 1782
  • Law Commission, Report (1986) Cmnd 9700
  • Law Commission, Privity of Contract: Contracts for the Benefit of Third Parties (1996) Law Com 242
  • Law Commission, Illegal Transactions: The Effect of Illegality on Contracts and Trusts (1999) Law Com 154
  • Law Commission, Unfair Terms in Contracts (2005) Law Com 292

Pautan luar