Cordyceps
Cordyceps | |
---|---|
Cordyceps militaris | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Cordyceps Fr. (1818)
|
Spesies jenis | |
Cordyceps militaris (L.) Fr. (1818)
| |
Species[1] | |
|
Cordyceps adalah suatu genus kulat jenis "berkantung" (Ascomycota). Sebilangan besar spesies dalam genus ini bersifat endoparasitoid yakni yang menumbuh hinggap terutamanya pada serangga dan artropod lain[2] dan sebilangan kecil jenis lainnya adalah parasit pada kulat lain.[3] Kulat-kulat jenis ini sering menampakkan isi lembut yang membonjol dalam banyak warna terang dari tanah atau haiwan perumah yang mencambahkannya.[2]
Spesies-spesies genus kulat ini banyak tertumpu di timur (China, Korea, Jepun) dan selatan (Nepal, Bhutan, Vietnam dan Thailand) benua Asia sebanyak kira-kira 600 jenis[2] dengan kepelbagaian genetik spesies paling kuat didapati di hutan-hutan subtropika dan tropika lembap.
Biologi
[sunting | sunting sumber]Apabila kulat Cordyceps menyerang haiwan yang dijangkiti, miselium kulat meliputi badan perumah sehingga mengurai resap nutrisi badan ini menggantikan tisu perumah sementara "buah" berbentuk silinder atau mencabang iaitu askokarp mula tumbuh melonjong (memberi nama kepada kulat ini gabungan kata-kata Yunani επενδυλη kordýlē, "belantan", dan κεφαλή cephali "kepala"). Askokarp-askokarp ini mengandungi askus membiakkan sel-sel spora berupa benang yang biasanya mudah pecah.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Cordyceps digunakan dalam perubatan tradisional Cina,[4][5] tetapi tidak ada bukti saintifik bahawa penggunaannya mempunyai kesan klinikal terhadap penyakit manusia. [4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Cordyceps". NCBI taxonomy (dalam bahasa Inggeris). Bethesda, MD: National Center for Biotechnology Information. Dicapai pada 4 September 2019.
- ^ a b c Sung, Gi-Ho; Hywel-Jones, Nigel L.; Sung, Jae-Mo; Luangsa-ard, J. Jennifer; Shrestha, Bhushan; Spatafora, Joseph W. (2007). "Phylogenetic classification of Cordyceps and the clavicipitaceous fungi". Studies in Mycology. 57: 5–59. doi:10.3114/sim.2007.57.01.
- ^ Nikoh, N (April 2000). "Interkingdom host jumping underground: phylogenetic analysis of entomoparasitic fungus of the genus cordyceps". Mol Biol Evol. 17 (4): 629–38. doi:10.1093/oxfordjournals.molbev.a026341. PMID 10742053.
- ^ a b "Cordyceps". Drugs.com. 14 September 2020. Dicapai pada 4 January 2021.
- ^ Yue, K; Ye, M; Zhou, Z; Sun, W; Lin, X (April 2013). "The genus Cordyceps: a chemical and pharmacological review". The Journal of Pharmacy and Pharmacology. 65 (4): 474–93. doi:10.1111/j.2042-7158.2012.01601.x. PMID 23488776.